Wednesday 29 June 2011

kindy's teachers' day as-sakeenah

teacher's day bagi sekolah tadika di As-sakeenah telah di adakan pada 21 Mei 2011.. Masa tu hari sabtu ( sekolah ganti).. Bayak aktiviti yag telah dilakukan pada hari tersebut dan kesemua aktiviti melibatkan sukan.. antara sukan yang di buat adalah futsall dan bola beracun...
ilham dari teacher amie & teacher ima

aktiviti sukan

selepas aktiviti bersukan, para pelajar menerima hadiah daripada teacher2 sebab mereka mahu datang ke sekolah walaupun hari sabtu...
 dapat hadiah...

Bukan setakat bersukan sahaja, pelajar2 dan semua teacher telah di dendangkan lagu yang disampaikan oleh penyanyi lama Siti Fairus... beliau adalah bekas guru di As-sakeenah..

sedang menyampaikan lagu

tak kurang juga, perkara yang sentiasa dinanti2 kan oleh guru2 adalah hadiah dari anak murid... sebenarnya guru2 x mengharapkan pun hadiah tapi mahu anak murid sentiasa mengingati dan menghargai pengorbanan yang telah guru lakukan untuk mereka... setakat mengucapkan TERIMA KASIH pun dah memberi satu penghargaan kepada guru... teacher amie dan teacher Aqilah penerima hadiah yang paling besar dari anak murid mereka Sofea dan Aiman... 

sejambak bunga dari Aiman untuk teacher Aqilah

Sunday 26 June 2011

sport's day on 31 March 2011

Hari Sukan As-Sakeenah diadakan pada setiap tahun... Dan pada tahun ini Hari Sukan telah diadakan pada 31 march 2011.... ini adalah antara koleksi gambar pada hari sukan tersebut....

                                      perbarisan mengikut rumah sukan                                        

  Ustazah Zaimiza jadi polis traffic pulak

 
posing terbaik dari teacherAmie, teacher Rahmah & teacher Ima

posing istimewa dari teacher Jue & teacher Hana
Ustazah Zaimiza bersemangat dengan bendera rumah kuningnye..
ustazah Liza membantu pelajar bersukan

siapa yang berlari??

pemberi contoh gaya membawa bola dalam sudu

bersemangat waja si ibu mengandung, teacher Aqilah

chaiyok!! chaiyok!!!

penyampaian hadiah oleh Ustaz Din

'Bersukan Untuk Kesihatan..........'

oleh: teacher ima

Friday 24 June 2011

teacher As-sakeenah

Assalamualaikum w.b.t.

mari kita dengar pantun dahulu....

pemburu memburu dengan memanah,
panahan yang berjaya bermula dari hati,
mendidik kanak2 suatu amanah,
demi masa depan yang lebih berkualiti.

Walaupun hanya sekadar seorang GURU TADIKA, tanggungjawab mendidik dan membentuk kanak2 adalah sangat2 besar...siapa sangka kanak2 boleh menyanyi, membaca, menulis dan mengira... siapa sangka kanak2 boleh berkenalan, berkawan dan pandai bergurau senda.... semuanya bermula dari TADIKA... di sinilah permulaan kanak2 belajar bersosial, aktif dengan program, menonjolkan bakat dan segalanya...

Mungkin kebanyakan orang tidak mengambil endah dengan profesion guru tadika... Tetapi tahukah anda sekolah apa yang menjadi permulaan kanak2 menjejaki alam persekolah???  tentunya tadika... dan siapa pula yang sentiasa mengajar anak2 anda di tadika??? dah tentunya guru tadika... jadi apakah nilai guru tadika di mata anda sekarang.... guru tadika tiada bezanya dengan guru sekolah rendah atau menengah... membaca, menulis dan mengira tetap ada... bezanya guru tadika mengajar perkara permulaan untuk kehidupan kanak2 sebelum melangkahnnya mereka ke alam persekolahan yang sebenar...

Terima kasih kepada guru2 tadika yang telah mendidik anak bangsa untuk menjadi kanak2 yang berpotensi apabila berada di alam persekolahan... SYABAS kepada semua guru2 tadika....


oleh : teacher Ima